Sunday, May 17, 2009

Blogstarz: Apa Yang Kau Perlu Tahu Sebelum Lebur RM99 untuk Blog Sampah

OK.. First off ni bukan hasil tulisan aku.. aku amik kat http://www.mohdismail.net/blog/blogstarz-apa-yang-kau-perlu-tahu-sebelum-lebur-rm99-untuk-blog-sampah/

Apa sebenarnya yang perlu anda tahu di’sebalik perniagaan Blogstarz. Ini bukan satu entri menjatuhkan orang Melayu, tetapi mengelakkan lebih ramai Melayu jatuh. Baca jika kuat hati.

Suku sakat Monsun Biz kembali lagi dengan berselindung di’sebalik nama blog.

Risau aku melihatkan orang Melayu yang mahu senang cepat tanpa peduli dengan apa cara sekalipun. Sebagaimana aku lakukan ke’atas Monsun Biz (yang entah kemana hari ini), hari ini Blogstarz akan menerima perkara yang sama.

Blogstarz adalah satu sistem penulisan blog di’Malaysia yang mendakwa menerima lebih 500,000 hits setiap hari dari seluruh dunia & akan di’lancarkan hujung tahun ini. Dengan bayaran serendah RM99, mereka yang berminat untuk menulis blog akan menerima ‘pelbagai keistimewaan’ sehingga mereka yang buta IT pun mampu menjana duit di’internet.

Ini adalah antara perkara yang perlu kau tahu tentang Blogstarz sebelum kau menyertai mereka kerana pujukan janji manis (aku tahu’lah kau Melayu tipikal sukakan duit mudah).

Blogstarz adalah Multi-Level Marketing (MLM)

Jika kau sudah menyertai mereka dengan bayaran RM99, seseorang yang sudah sedia di’dalam sistem mereka akan menerima komisyen RM15. Kau pun mesti mahu juga RM15 untuk balik modal, maka kau akan recruit lagi orang lain & secara automatik tergolong dalam mereka yang sangat annoying.

Komisyen tertinggi kau boleh terima adalah RM225 untuk satu pendafaran Pakej Director bernilai RM1,485. Bukankah MLM juga begitu konsepnya?

ClickShare Adalah Haram. Hah!

Kalau founder Blogstarz baca yang ini, pasti aku di’cincang lumat. Begini, ClickShare adalah satu sistem di’mana pendapatan dari pengiklanan di’kongsi bersama semua ahli. Konsep bagus. Tetapi, untuk menjana pendapatan ini, Blogstarz meminta ahli mereka untuk click iklan yang ada sekurang-kurangnya 15-20 kali sehari. Itu namanya penipuan dalam sistem pengiklanan.

Awal terbitnya Blogstarz, aku terlihat kelibat Google Adsense di’gunakan dan kini tiada lagi (kerana Google Adsense amat benci akan mereka yang meminta orang lain click & memberikan insentif). Iklan sekarang di’keluarkan sendiri oleh ODSB (salah satu syarikat berkait Blogstarz).

Bagaimana pengiklan mahu menjalankan pengiklanan jika mereka tahu click yang mereka dapat tidak neutral?

Karl Iskandar Bukan Sesiapa Dalam Dunia Internet

Aku tidak kata seseorang itu harus popular dalam dunia internet untuk mewujudkan sistem sebegini, tetapi sekurang-kurangnya kau perlu ada blog sendiri atau satu website yang kau bina dan berjaya menarik perhatian ramai. Aku tidak pernah kenal siapa Karl Iskandar.

Jika kau membaca biodata’nya, hobi Karl Iskandar adalah membaca & melayari internet. Sekadar melayari internet tidak akan membuatkan kau menjadi sesiapa. Build something remarkable on the net & people will recognize you.

Tiada Blog Dalam Blosgstarz

Blogstarz semuanya berkaitan recruit orang baru (selain sistem SMS yang ketinggalan zaman) supaya ahli mereka boleh menjana duit online. Teras terpenting blog iaitu kandungan yang bernilai & bagus tiada langsung di’tekankan dalam Blogstarz.

Founder Blogstarz hanya pentingkan duit untuk kantung mereka. Mereka mendakwa menerima RM5juta sebagai modal. Jika aku di’beri 1/5 dari nilai tersebut pun, aku boleh bina sistem yang jauh lebih baik & menawarkan nilai blog sebenar untuk masyarakat.

Kesimpulan

Jika kau berfikir untuk join Blogstarz ini kerana ‘peluang’ menjana duit yang mereka janjikan, kau perlu lihat apa yang terjadi kepada Monsun Biz. Tiada beza perjalanan mereka, Bermula dengan hype yang keterlaluan & berakhir dengan gagal yang kemaluan.

Orang-orang di’belakang sistem Monsun Biz & Blogstarz ini tidak tahu apa-apa tentang internet, tentang berubahnya cara manusia berkomunikasi, berfikir & perniagaan itu sendiri. Mereka hanya ingin sertai kerana duit.

Saturday, May 16, 2009

The Beginning

Hai..

Well, it's been a while since i wrote a blog. maybe i need something to do with my time. hmmmm buat sementara waktu sekang aku masih menggangur.. boring jugak tiap2 hari aku duk bangun lmbt.. makan pun lambat.. mandi pun lambat.. macam aku takde life pulak.. tapi takpe la... sementara aku blom keje dan sementara aku ada waktu kosong.. biar la aku menikmati waktu aku free ni.. maybe bila da keje nanti aku da takde masa da nak buat benda yg aku suka buat.. especially main game.. hehe

rasa nya da 2 minggu lebih gakk aku aku kat melaka tu kahwin.. akhirnya.. lega hati aku ni bila akak aku sorang tu da kahwin.. enta la... masa aku nak balik dari majlis tu. aku rasa lain mcm sangat.. seolah olah aku mcm kehilangan dia.. rilekss la azri dia bukannya nak 'pergi' dia cuma mendirikan rumah tangga je... yelah mana taknya.. terkenang aku waktu dlu2 aku kenal dia.. sgt berbeza sangat orangnya.. pendirian dia, cara dia berfikir, tak tau la sama ada dia berlakon ke depan aku.. tapi ape yg aku tau.. kalo tak kerana dia maybe aku tak macam sekang... bezanya aku tak leh la nak cakap.. hehe... rahsia.. but all can i say.. dia byk mengubah hidup aku... thanks kakak.. walaupun kita kenal sekejap tapi amat bermakna pada diri adik... ooohhh... and Selamat Pengantin Baru. (maaf adik tak bagi hadiah)




ahhhhhhhhhh... ni aku nak citer skit... mesti pelik kan korang.... n kebanyakan orang yg aku cakap seme terperanjat... u know wat. aku da amik kursus pra perkahwinan!!!.. haha... ala bukan aku nak kahwin pun... salu orang anggap mik kursus kahwin je mesti nak kahwin... takde la... first reason aku amik sebab dia orang kater kursus kahwin ni akan datang lagi menyusahkan.. susah bukan ape.. ye lah dia orang kater akan datang siap kena tido sana lagi laa... pastu bayaran lagi mahal la... aku pikir kalo aku tak amik sekang bila lai aku nak amik? maybe akan datang aku sibuk? (alaa amik ngan tunang la nanti) memang aku fikir nak amik ngan tunang aku nanti.. orang kater lebih baik kita pi ngan pasangan sendiri kann.. tapi.... i have my reason why not to.. lagi pun kalo pi ngan pasangan pun bukan nyer sijil tu nama korang ngan pasangan korang... sijil nama asing2, sorang satu, sama je pun.. alaa nanti korang da amik korang tau la... 2nd reason sebab member baik aku ajak pi... tapi dia pi ngan tunang dia... dia ajak aku sekali.. aku memang kalo bleh tak nak pi.. segan la aku kan.. tapi takpe la.. kalo aku pi sekang atleast aku pi ngan dia.. ada gak member... masa kursus tu ada 2 orang yg takde pasangan aku ngan sorang mamat tu.. tapi mamat tu dah ada calon... hehe yg aku ni baru ada pilihan takpe takde calon.. hehe... geleng kepala uztazah tu tanya aku haha... dia tanya kitaorang apa sebab kita kena pi kursus ni.. aku selamba je cakap sebab nak sijil.. haha.. boleh la aku cakap mcm tu.. aku takde pasangan.. cuba kalo pasangan aku ada situ.. mampui aku nak cakap mcm tu... kena cover punya.. bohong la kalo korang cakap korang selambe... anyway sijil pun da siapp.. tinggal nak amik jee!! yahooO!!!! aku da leh kahwin anytime!!! hehe